I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 30, 2011

JOGGING & BERBASIKAL



Selain aku menghabiskan masa berjogging.. aku mula degnan hobi baru.. berbasikal pulok! hahaha ni barang aku baru sambar semalam... masih belum mencubanya.. apa-apa pun untuk kesihatan juga benda ni... jom! siapa yang nak join?? heheheheh

TINGKATKAN PRESTASI.. KURANGKAN KONTROVERSI.. :)

Wednesday, December 21, 2011

MAHASISWA di PUTRAJAYA

Keadaan bising, mahasiswa berkumpul, mereka memakai kain pengikat berwarna merah dan membawa kain rentang bertulis 'We love Najib' dan 'We like Prime Minister.

Adakah tindakan mahasiswa mahasiswi seramai 150-200 ini menentang tindakan luar batasan Adam Adli ketika menurunkan bendera Perdana Menteri kita di bangunan UMNO pwtc tempoh hari.

(perhatikan gambar yang diambil)

(Gambar) Putrajaya P5 di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi


(Gambar) Pihak berkuasa terpaksa mengawal keadaan supaya tenang.

Anggaran 150-200 pejalar mula berkumpul untuk demonstrasi aman di hadapan Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi.

Monday, December 19, 2011

BALAN-BALAN (PENANGGAL)


Orang sabah panggil Balan-balan.. sangat menarik kalau kita kongsikan tentang BALAN-BALAN atau dikenali sebagai HANTU PENANGGAL,TENGELONG (di kedah). Merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.

MATLAMAT si BALAN-BALAN:Hantu Penanggal dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman/peliharaanya daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggal bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya. Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggal adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.

BETULKAN JIKA INFO INI SALAH.......

JOM KONGSI CERITA BALAN-BALAN DI PAGE FACEBOOK PENGEMBARAAN ALAM GHAIB (PARANORMAL MALAYSIA)

Wednesday, December 07, 2011

PENJAGA GOL KEBANGSAAN!!

PENJAGA GOL!!

Penjaga gol.. adalah benteng terakhir setiap pasukan bola sepak di seluruh pelusuk dunia.
Apa yang aku ingin kongsikan bersama hari ini, Bekas-bekas penjaga gol kebangsaan yang pernah membantu pasukan kebangsaan kita suatu ketika dahulu. Anda masih ingat?? siapa??

KENANGAN!!
KHAIRUL AZMAN MUHAMED
Lahir pada : 5 march 1968
Berasal dari : Kuantan Pahang (Malaysia)
Ketinggian : 6 kaki 1 inci
Mula bermain dengan pasukan Pahang pada tahun 1985 hingga 1995. (Banyak sumbangan yang diberikan oleh Khairul Azman pada ketika itu. Dan dia mula berpindah ke pasukan Sabah pada tahun 1995 hingga 2005. Mewakili pasukan Kebangsaan pada tahun 1991 hingga 1997.
Banyak kenangan pahit manis yang dilaluinya ketika menjadi penjaga gol Pahang,Sabah dan kebangsaan Malaysia.

Seleapas itu beralih kepada azmin azram aziz yang tidak kurang hebatnya ketika menjaga gawang pasukan kebangsaan malaysia.

Azmin Azram Abdul Aziz
Lahir pada : 1 April 1976
Berasal dari : Taiping, Perak (Malaysia)
Ketinggian : 5 kaki 11 inci.
Mula bermain dengan pasukan Kuala Lumpur pada tahun 1993-1998 dan berhijrah ke pasukan negeri sembilan untuk satu tahun pada 1999 kemudia dia ke Selangor pada tahun 2000 hingga 2003. Pada 2004 hingga 2005 Azmin Azram Aziz bersama Pahang. Bersama pasukan kebangsaan Malaysia pada 1994 hingga 2005. Banyak jasa dan bakti yang diberikan oleh Azmin Azram Azizi pada ketika itu.

Kemudian kita beralih kepada penjaga gol seterusnya SYAMSURI MUSTAPHA


SYAMSURI MUSTAPHA
Lahir pada : 6 Februari 1981
Berasal dari : - (Malaysia)
Ketinggian : 5 kaki 11 inci.

Syamsuri memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Terengganu. Dia membantu Terengganu untuk menjadi naib juara Piala FA Malaysia pada 2004. Pada tahun ini juga Syamsuri berjaya menempatkan diri selaku penjaga gol terbaik Malaysia dan berjaya merampas posisi nombor satu penjaga gol Malaysia yang dipegang Azmin Azram Aziz.Bersama Malaysia, Syamsuri bermula sebagai penjaga gol nombor dua dibelakang Azmin Azram Aziz. Dia antara pemain yang pernah beraksi bersama Brazil pada tahun 2002. Syamsuri mula beraksi sebagai penjaga gol utama pada kejohanan Piala Tiger 2004. Selepas itu, dia mula menjadi pilihan sebagai penjaga gol utama Malaysia. Pada Sukan Asia Tenggara 2003 (kejohanan untuk pasukan bawah 23 tahun), Syamsuri menjadi penjaga gol pertama Malaysia yang berjaya menjaringkan gol di peringkat antarabangsa. Dia menjaringkan gol tersebut ketika perlawanan separuh akhir menentang Vietnam.Pada musim 2005/06, Syamsuri telah dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Popular dan Pemain Popular dalam Anugerah Bolasepak Malaysia Coca-Cola FAM 2005-2006.Pada musim berikutnya, Syamsuri gagal menempatkan diri dalam skuad Piala Asia 2007 Malaysia. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Terengganu telah menggantungnya dari menyertai mana-mana perlawanan bola sepak atas masalah disiplinnya. Sejak itu, Syamsuri gagal menempatkan diri dalam skuad Malaysia. Tambahan pula penghijrahannya ke Pahang mengakibatkan prestasinya merudum.Pada tahun 2009, Syamsuri berhijrah ke T-Team. Dia kemudian menerima panggilan untuk kelayakan Piala Asia 2011 bersama pasukan Malaysia.


KEMUDIAN.. PENJAGA GOL KEBANGSAAN YANG SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN SEKARANG. KHAIRUL FAHMI CHE MAT.
KECERMELANGANNYA DIBANGGAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
Lahir pada : 7 Januari 1989
Berasal dari : Kota Bharu, Kelantan (Malaysia)
Ketinggian : 5 kaki 6 inci.

Khairul Fahmi Che Mat (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) dikenali sebagai Apek merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bertindak sebagai penjaga gol yang bermain untuk Kelantan FA di dalam Liga Super Malaysia dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dalam kejohanan itu, beliau berjaya menyambut sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki.
Pencapaian Cemerlangnya:
2010 AFF Suzuki Cup : Winners2011
Southeast Asian Games - Football : Gold Medal Winners

HARAPAN TINGGI MENGGUNUNG OLEH PEMINAT SELURUH MALAYSIA MENGHARAPKAN PASUKAN KEBANGSAAN KITA BOLEH PERGI LEBIH JAUH DAN MELAYAKKAN DIRI KE PIALA DUNIA SUATU HARI NANTI InsyaAllah...

JATUH BANGUN, MENANG ATAU KALAH.. KAMI AKAN TETAP MENYOKONG!!

Monday, December 05, 2011

PROJEK BANTAL (Kru 666)

JUMAAT 2.12.2011

Jam tepat 10 malam, kami Azree,Alfee,Asyraf dan Atoi dari kru PENGEMBARAAN ALAM GHAIB yang mewakili kru 666 penyingkap fakta bergerak ke ibu kota KUALA LUMPUR untuk recce kawasan yang sesuai semua kru dan sukarelawan berkumpul setelah diarah oleh abang Mazidul Akmal Sidik tempoh hari.




Kami tiba di lokasi jam 10.30 malam berhadapan pasaraya MYDHIN cahaya suria KUALA LUMPUR. Selang beberapa minit ustaz din tiba di lokasi bersama kami, disusuli 2 orang ustaz dari KASTURI SYIFA' iaitu ustaz hafiz dan ustaz musleh bersama membantu dalam PROJEK BANTAL malam itu. Lebih 50 wakil sukarelawan dari kru 666, Kakitangan syarikat Percetakan Nasional Berhad (PNB), Perawat Kasturi Syifa' , pelajar mass communication Segi College dan beberapa kru Penyingkap Fakta berada di lokasi.

Jam 11 abang Mazidul Akmal Sidik tiba di lokasi.

2 orang anggota polis ini juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan bantal untuk Projek Bantal pada malam tersebut. Terima kasih kepada En.Azhar yang banyak membantu pada malam tersebut.
Sedikit penerangan yang diberikan oleh abang Mazidul Akmal Sidik kepada sukarelawan-sukarelawan yang hadir pada malam tersebut. Pengagihan tugas juga telah diberi.



Ketika abang Mazidul tiba di lokasi jam 11 malam disambut oleh perawat Kasturi Syifa' dan lain2. Kelihatan Ustaz Hafiz, Ustaz Din, Ustaz Musleh dan En.Azhar begitu semangat dan ceria pada malam Projek Bantal.

Kehadiran En.Azhar juga sedikit sebanyak dapat membantu kru dan Sukarelawan yang hadir dapat meletakkan kenderaan dengan mudah pada malam tersebut.


Bro Razali memberikan sedikit penerangan kepada semua yang terlibat.

Kak long jet juga bersemangat seperti kaum2 adam yang lain... Kekadang Kak long jet memberanikan diri melakukan perkara yang tidak dijangka oleh kru 666 yang lain.

Shah (Boy) dan Asyraf seperti badang mengangkat bantal dan juga sleeping bag.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada rakan abang Mazidul Akmal Sidik bernama Badrul Hisham Mohd Yusof kerana sudi memunggah majoriti barangan sumbangan pembaca blog ini menggunakan kenderaan pacuan 4 rodanya MITSUBIHSI TRITON dari kota damansara ke Kuala Lumpur pada malam tersebut.


Kesemua sukarelawan berkumpul dan meletakkan barang2 kedalam bag untuk diberi kepada gelandangan.

Sukarelawan dari PNB ini mula bergerak ke lokasi gelandangan yang sedang tidur.

Stage 1 : Sumbangan pertama dari sukarelawan diagihkan kepada gelandangan, kelihatan beberapa gelandangan sungguh ceria dengan sumbangan yang diberi pada malam tersebut.

Adam yang membawa seorang kakitangan ELS Healthcare Services membantu gelandangan-gelandangan yang tidak berapa sihat. Terima kasih kepada adam dan rakan.



Apakah yang difikirkan oleh gelandangan tersebut? mana arah tuju mereka yang sebenar?

Gelandangan yang mempunyai anak kecil, khabarnya setiap malam mereka hanya tidur di bawah jambatan di ibu kota.

Tidak dapat bayangkan bagaimana anak kecil ini tidur di bawah jambatan sebagai gelandangan.

Atoi tidak melepaskan peluang memberikan barang sumbangan kepada gelandangan.

Bacaan doa dari Ustaz Din setelah selesai Projek Bantal

Kru 666 bersama sukarelawan yang lain sempat bergambar sebelum semua berangkat pulang pada jam 2 pagi.

Gelagat kru 666 ketika bergambar, apa yang dilakukan adam? hehehehehe

FREESTYLE!! terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat memberi sumbangan dan juga membantu pengagihan PROJEK BANTAL pada malam tersebut.

Kisah ini juga ada di blog MAZIDUL AKMAL SIDIK.



SEBELUM DAN SELEPAS